SHAKLEE

SHAKLEE

Friday, December 5, 2014

LOYA DAN MUNTAH TERUK SEMASA HAMIL BOLEH AKIBATKAN KOMPLIKASI KEPADA IBU DAN BAYI

Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. 




Mabuk hamil boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda – dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan melakukan kerja rumah. 

Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan. 

Mabuk di awal kehamilan memang suatu keadaan yang normal bagi ibu yag mengandung.Walau bagaimanapun, sesetengah pakar perubatan hanya akan menghiraukan muntah yang teruk, kerana ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda, dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat. 

Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara. 

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrien. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis

Oleh itu, untuk membantu anda mengurangkan gejala loya dan muntah semasa hamil, didapati SET MORNING SICKNESS SHAKLEE sangat bagus untuk diamalkan oleh anda yang sedang hamil. Ia sangat bermanafaat kepada ibu dan anak dalam kandungan kerana membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh kedua-duanya.

Jika anda sedang mempertimbangkan kehamilan lagi dan anda menderita teruk sebelum ini, rawatan awal seperti SET HAMIL SHAKLEE boleh membantu mengelakkannya dari berlaku lagi. 

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh: 

  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk.
  • Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda.


*dapatkan segera!! 


INGIN MEMBUAT PESANAN SENDIRI ??
*kad debit / kredit diperlukan :

Klik Untuk Shopping Shaklee Secara Online

                atau

Hubungi saya melalui whatsapp/sms/call 
012 9840904


JOM JADI AHLI SHAKLEE UNTUK DAPATKAN HARGA YANG SUPER JIMAT!!




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------ Hubungi saya dengan sms ke 012 9840904 atau email mamadanies@gmail.com untuk maklumat lanjut.

1 comment:

  1. Boleh cuba set morning sickness shaklee ni nanti


    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete