SHAKLEE

SHAKLEE

Friday, September 26, 2014

HIPEREMESIS GRAVIDARUM

Apa Itu Hiperemesis Gravidarum?

Hiperemesis Gravidarum secara literalnya bermakna "muntah berlebihan semasa hamil".  Hiperemesis bermula awal, biasanya sebelum minggu kelima kehamilan.  Ia mungkin berkurangan sekitar minggu ke-1 dan berakhir sekitar minggu ke-20.  Kadangkala ia berlarutan hingga minggu ke-22, atau ia boleh berterusan sepanjang kehamilan.  Mujurlah ini jarang berlaku, terutamanya jika anda daptkan bantuan dan rawatan dari awal.

Hiperemesis bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.  Ia berlaku dalam kira-kira 0.5 hingga 2% kehamilan dan merupakan sebab yang paling biasa wanita hamil dimasukkan ke wad semasa awal kehamilan, dan biasanya diberi rawatan untuk dehidrasi (kehilangan banyak air dalam badan).

Adakah Ini Mabuk Kehamilan Atau Hiperemesis?

Hiperemesis mungkin jawapan yang lebih tepat jika anda muntah banyak kali dalam masa sehari, muntah setiap kali makan dan minum, dan juga anda kehilangan berat badan.  Rawatan yang biasa tidak membantu, dan anda merasa terlalu sukar untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun begitu, tiada definisi yang mudah dari segi perubatan bagi Hiperemesis.  Sesetengah doktor akan hanya mendiagnosnya sebagai hiperemesis jika anda kehilangan berat lebih daripada 3kg, atau 5 hingga 10% daripada berat sebelum hamil.  Ataupun mereka mungkin menunggu sehingga anda mengalami dehidrasi.

Walaupun jika anda tidak kehilangan berat, atau jika doktor anda tidak bimbang mengenai kehilangan berat, anda seharusnya boleh membuat ujian dan mendapatkan rawatan bagi mabuk kehamilan.  Rawatan awal boleh mengelakkan hiperemesis.

Jika keadaan ini bermula selepas minggu ke-9 kehamilan, atau jika anda turut mengalami demam dan kesakitan, mungkin ada sebab lain seperti gastrik,ulser,jangkitan pundi kencing,penyakit tiroid atau kencing manis.

Kesan Hiperemesis

Hiperemesis mengambil alih kehidupan anda, membuatkan anda keletihan, tertekan dan tidak dapat menikmati kehamilan anda.  Hubungan dengan suami juga mungkin terjejas.  Anda mungkin merasa bersendirian dan murung, sementara suami pula merasa seperti diketepikan.

Mungkin sukar bagi anda menjaga diri sendiri atau keluarga, dan perkara-perkara kecil seperti mandi, memandu atau berbelanja kadangkala mustahil untuk dilakukan.

Hiperemesis boleh meninggalkan kesan jangka panjang.  Pengalaman ini mungkin terlalu sukar bagi anda sehingga anda tidak mahu memikirkan untuk hamil lagi bagi jangka masa yang panjang.

Apakah Penyebabnya Dan Adakah Saya Berisiko Mengalaminya?

Sejak berkurun-kurun dulu, ramai wanita hamil yang telah mengalami hiperemesis, tetapi penyebabnya masih tidak diketahui.  Seperti mana mabuk hamil pagi, banyak faktor yang mungkin terlibat, termasuk perubahan hormon.  Tetapi, berbeza dengan mabuk hamil pagi yang "menyerang" secara rambang, kita tahu bahawa sesetengah wanita lebih berkemungkinan mengalami hiperemesis berbanding wanita lain.


Anda Lebih Berisiko Mendapat Hiperemesis Jika Anda :

  • Hamil anak kembar dua atau lebih
  • Mempunyai ibu atau kakak yang juga mengalaminya
  • Pernah mengalami hiperemesis dalam kehamilan sebelum ini
  • Pernah mengalami mabuk perjalanan atau migrain
  • Mempunyai penyakit berkaitan hati
  • Mempunyai ketidaknormalan tiroid.

Apakah Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Membantu Diri?
  • Mintalah suami, keluarga atau rakan-rakan membantu anda dengan tugas-tugas memasak, bebelanja, menjaga anak dan tugas-tugas rumah yang lain
  • Makan apa yang anda teringin makan dan elakkan melihat atau bau makanan yang membuatkan anda loya
  • Kekalkan hidrasi badan.  Minumlah apa sahaja semasa anda boleh, atau hisap ketulan ais
  • Makan apa sahaja yang anda boleh tahan.  Anda boleh makan makanan yang lebih nerkhasiat apabila anda sihat nanti.  Sementara itu bayi anda akan memperoleh zat-zat yang diperlukan daripada simpanan dalam badan anda
  • Cubalah kaedah rawatan semulajadi seperti vitamin B6, halia dan gelang tekanan(gelang laut) 
  • Berehatlah sebanyak yang boleh dan jangan rasa bersalah kerana anda sememangnya sakit!
  • Berbuallah dengan ibu-ibu lain yang turut mengalaminya dalam komuniti kami.

Apakah Masalah Ini Akan Memudaratkan Bayi Saya?
Loya dan muntah tidak menjejaskan bayi anda, malah kemungkinan untuk gugur akibat mabuk hamil adalah sangat tipis.  Bayi anda mungkin kecil sedikit daripada biasa.  Tetapi dia pasti akan segera membesar dengan normal.


ADA RAHSIA UNTUK BAKAL IBU MENGATASI MASALAH INI ?? YA!!

klik disini cepat !!


No comments:

Post a Comment